Program Khatam Al-Quran di Surau Ibu Pejabat KETENGAH

Pada 12 Mac 2026 bersamaan 22 Ramadan 1447H, KETENGAH telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran di Surau Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun sebagai salah satu aktiviti pengimarahan Al-Quran serta pengisian rohani dalam kalangan warga KETENGAH. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 40 orang pegawai dan kakitangan. Majlis dimulakan dengan bacaan […]
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN IHYA RAMADAN KETENGAH 2026

3 Mac 2026, Al Muktafi Billah Shah– Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Ihyā’ Ramadan 2026 dalam suasana penuh tertib, harmoni dan penghayatan bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak. Majlis dimulakan pada jam 4.45 petang dengan sesi pendaftaran penerima sumbangan, diikuti ketibaan barisan Pengurusan KETENGAH. Turut hadir menyerikan majlis ialah Pengurus Besar KETENGAH, […]
Tempat Pertama Kategori Agensi dan GLC sempena Pelita Raya Terengganu 2026

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan penuh rasa syukur dan bangga telah dinobatkan sebagai Tempat Pertama Kategori Agensi dan GLC sempena Pelita Raya Terengganu 2026. Pengiktirafan ini merupakan hasil komitmen, kreativiti serta semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam kalangan seluruh warga kerja KETENGAH. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat […]
Penghargaan Kepimpinan dan Legasi Perkhidmatan yang Telah Memacu Kejayaan KETENGAH

26 Februari 2026 (Khamis)- Adalah dimaklumkan bahawa 26 Februari 2026 merupakan hari bekerja terakhir buat Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), yang akan bersara wajib berkuat kuasa pada 1 Mac 2026 setelah berkhidmat selama 30 Tahun 11 Bulan 18 Hari bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Encik […]
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK KETENGAH 2026

Sempena sambutan bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk KETENGAH 2026 bertempat di Kantin, Ibu Pejabat KETENGAH. Program ini merupakan antara aktiviti tahunan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan sebagai pengisian kerohanian dan kebajikan warga kerja. Pengurus Besar KETENGAH, YM. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa turut […]
Selamat Bersara Encik Rosli bin Hamzah

33 Tahun Berbakti, Selamanya Dihargai Adalah dimaklumkan bahawa 23 Februari 2026 (Isnin) merupakan hari bekerja terakhir buat Encik Rosli bin Hamzah, Pembantu Penguatkuasa Gred KP3, Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan (Bandar AMBS), yang akan bersara wajib berkuat kuasa 24 Februari 2026, setelah menabur khidmat selama 33 Tahun 4 Bulan 23 Hari. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau […]

