Warisan Seni Melayu Curi Tumpuan di FKG 2025

Irama gamelan yang halus dan memukau bergema di Pulau Poh, Tasik Kenyir sempena Pertandingan Muzik Gamelan @ Festival Kenyir Geopark 2025, sekali gus menjadi antara acara yang paling mencuri tumpuan sepanjang festival berlangsung. Pertandingan ini berjaya menghimpunkan kumpulan muzik tradisional dari pelbagai daerah yang menampilkan persembahan sarat kreativiti serta menonjolkan keunikan irama gamelan warisan seni […]
PROGRAM BIKE MEET SEMPENA FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025

Program Bike Meet sempena Festival Kenyir Geopark (FKG) 2025 telah menambah kemeriahan festival dengan kehadiran konvoi motosikal berkuasa tinggi yang diketuai oleh Yang Amat Mulia Tengku Sri Temenggung Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah. Konvoi ini bermula dari Bandar Kuala Terengganu menuju ke Tasik Kenyir dan dalam perjalanan, […]
SUKAN AIR KEKAL DAYA TARIKAN UTAMA FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025.

Acara Sukan Air merupakan antara aktiviti wajib yang sentiasa dinantikan sejak penganjuran festival Kenyir diperkenalkan pada tahun 1994, yang ketika itu dikenali sebagai Kenyir Ecofest. Pada edisi kali ini, Festival Kenyir Geopark 2025 meneruskan tradisi tersebut dengan pelbagai pertandingan menarik diadakan bagi memeriahkan suasana di Tasik Kenyir. Antara acara sukan air yang dipertandingkan ialah Pukul […]
Pertandingan Memancing Meriahkan Festival Kenyir Geopark 2025

Pertandingan Memancing @ Festival Kenyir Geopark 2025 telah menjadi antara acara tumpuan utama sepanjang penganjuran Festival Kenyir Geopark 2025 yang berlangsung di Pulau Poh, Tasik Kenyir. Pertandingan ini berjaya menarik penyertaan ramai kaki pancing dari dalam dan luar daerah yang hadir bagi menguji kemahiran masing-masing serta menikmati keindahan panorama Tasik Kenyir yang terkenal sebagai destinasi […]
Fun Run Meriahkan Festival Kenyir Geopark 2025

Acara Fun Run sempena Festival Kenyir Geopark 2025 berlangsung meriah di Pulau Poh, Tasik Kenyir, dengan penyertaan peserta dari pelbagai lapisan umur. Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Larian santai ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, tetapi turut memberi peluang kepada peserta menikmati […]
Pertandingan Mewarna Meriahkan Festival Kenyir Geopark 2025

Acara Pertandingan Mewarna sempena Festival Kenyir Geopark 2025 berlangsung meriah di Pentas Utama, Pulau Poh, Tasik Kenyir dengan penyertaan ramai peserta cilik. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Suasana penuh warna-warni dan kegembiraan menjadikan pertandingan ini antara aktiviti yang menceriakan festival tahun ini.

