Sukan Rakyat Meriahkan Festival Kenyir Geopark 2025

Acara Sukan Rakyat sempena Festival Kenyir Geopark 2025 berlangsung penuh meriah dengan pelbagai permainan tradisional seperti terompah gergasi, boling kelapa, dan galah panjang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Program ini berjaya menarik penyertaan ramai pengunjung yang hadir memeriahkan suasana di tapak festival.
PUAN FAIZAH BINTI SETAPA MENANG GOLD BAR 5 GRAM DI FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025

Tahniah kepada Puan Faizah binti Setapa yang bertuah memenangi Gold Bar seberat 5 gram dalam Cabutan Bertuah sempena Festival Kenyir Geopark 2025. Hadiah telah disampaikan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Beberapa pengunjung lain turut memenangi hadiah menarik seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan mesin pengering baju. Festival […]
PROGRAM KENYIR BERMUNAJAT SEMPENA FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025

Program Kenyir Bermunajat telah berlangsung dengan penuh keinsafan dan keberkatan sempena pembukaan rasmi Festival Kenyir Geopark 2025. Program tersebut diadakan di Pentas Utama Festival Kenyir Geopark, Pulau Poh, Tasik Kenyir, bermula pada jam 8.30 malam. Program Kenyir Bermunajat dikendalikan dengan kerjasama Pusat Pengajian Al-Quran Rahman Tumpat, Kemasik, Terengganu, Majlis Iswatun Hasanah, serta World Sufi Centre. […]
PERSARAAN WAJIB DAN PILIHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH

30 Oktober 2025 (Khamis) merupakan hari bekerja terakhir bagi Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Gred N14, yang akan bersara wajib pada 31 Oktober 2025 setelah menabur bakti selama 27 tahun 9 bulan 30 hari di KETENGAH. Turut diraikan ialah Puan Samihat binti Yunus, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N2, Bahagian Kewangan […]
Majlis Perasmian Festival Kenyir Geopark 2025

YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Kenyir Geopark 2025 yang mula berlangsung hari ini sehingga 1 November 2025 di Pulau Poh, Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu. Festival ini dianjurkan untuk memperkukuh status Kenyir sebagai Geopark Kebangsaan dengan membawa tema ‘Menyusuri Panorama Tasik’. Pelbagai aktiviti menarik […]
KENYIR ECO TALK 2025 (KET2025) SEMPENA FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025

Program Kenyir Eco Talk 2025 (KET2025) sempena Festival Kenyir Geopark (FKG) 2025 dengan tema “Menyusuri Panorama Tasik” telah berlangsung dengan penuh warna, inspirasi dan semangat kecintaan terhadap alam semula jadi dan pengenalan kepada produk pelancongan. Berteraskan konsep TEDTalk, program ini menjadi platform ilmu dan inspirasi yang mengetengahkan pelbagai topik menarik berkaitan Warisan & Budaya, Eko-pelancongan […]

