MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI KETENGAH DAN SYARIKAT ANAK

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH dan Syarikat Anak. Majlis ini telah diadakan di perkarangan parkir ibu pejabat KETENGAH pada 9 Julai 2017 bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari. Turut diundang pesara-pesara KETENGAH
Rumah Terbuka Pengurus Besar KETENGAH

Kemeriahan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Pengurus Besar KETENGAH. Majlis diadakan pada 1 Syawal bermula pada jam 2 petang hingga 5 petang ini mendapat sambutan hebat dari penduduk Wilayah.
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TIMBALAN PENGERUSI KETENGAH

Dalam usaha merapatkan hubungan silaturahim antara pemimpin masyarakat serta agensi-agensi kerajaan dengan penduduk setempat, KETENGAH telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama YBhg Dato’ Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH, pada 12 Jun 2017 bertempat di perkarangan Masjid Kampung Minda, Hulu Dungun. YBhg Dato’ Din bin Adam sebelum itu turun padang bagi menyerahkan bantuan kepada golongan […]
Majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntukkan kira-kira RM712,900 melalui Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan pada tahun ini. TAMK adalah dana sumbangan diperoleh hasil keuntungan anak syarikat Ketengah yang terlibat dalam pelbagai sektor dan keuntungan diserahkan kepada rakyat melalui pelbagai saluran. Pada 3 Jun 2017 YAB Dato’ Seri Ahmad […]
Majlis Penyerahan Apron kepada peniaga Bazar Ramadan

Majlis Penyerahan Apron kepada peniaga Bazar Ramadan telah diadakan pada 27 Mei 2017 bertempat di tapak Bazar Ramadan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. En Mukhtar bin Che Ali, Timbalan Pengurus Besar KETENGAH telah menyerahkan apron tersebut dan berpesan agar peniaga sentiasa menjaga kebersihan diri dan makanan yang dijual. Hadir sama pada program tersebut Puan […]
Program Pengagihan Kurma Wilayah KETENGAH

Pada 22 hingga 25 Mei 2017, KETENGAH telah mengagihkan kurma di lima pusat perbandaran KETENGAH iaitu Bandar AMBS (1304 buah rumah) , Seri Bandi (654 buah rumah) , Ketengah Jaya (401 buah rumah), Ceneh Baharu (713 buah rumah) dan Bandar Bukit Besi (801 buah rumah).

