KARNIVAL KESIHATAN, KOMUNITI MADANI KESIHATAN SEJAHTERA AL MUKTAFI BILLAH SHAH, KESIHATAN REMAJA OBESITI

Isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian serius daripada semua pihak. Seiring dengan usaha memperkasa kesihatan komuniti, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Al Muktafi Billah Shah (AMBS) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Dungun dengan kerjasama KETENGAH dan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun telah menganjurkan Karnival Kesihatan Komuniti Madani: Kesihatan Remaja Obesiti pada 9 […]
Lawatan Pemantauan Peserta Program SURIA Tahun 2024 dan 2025

Program Suri Impian (SURIA) telah dilaksanakan secara berterusan bermula tahun 2022 hingga 2025 bertujuan menyediakan latihan kemahiran dan bantuan mesin dan peralatan untuk menambah pendapatan ibu tunggal dan suri rumah disamping dapat meningkatkan taraf hidup keluarga. Pada 8 Oktober 2025 (Rabu), satu lawatan pemantauan telah diadakan ke premis peserta Program SURIA bagi tahun 2024 dan […]
30 Peserta Sertai Kursus Pemerkasaan Komuniti Berdaya Saing KETENGAH 2025

Seramai 30 peserta daripada komuniti Kampung Jerangau, Kampung Serdang dan Kampung Dadong di Wilayah KETENGAH telah menyertai Kursus, Program Pemerkasaan Komuniti Berdaya Saing (Komuniti Lestari) Tahun 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 3 hingga 4 Oktober di Hotel Tanjong Vista di sini. Program anjuran KETENGAH itu bertujuan memperkukuh pengetahuan serta kemahiran peserta dalam aspek […]
LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS) KETENGAH KE GIATMARA NEGERI KELANTAN

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) ke GIATMARA Negeri Kelantan yang diketuai oleh Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Delegasi KETENGAH telah disambut mesra oleh Puan Renie Kasriana binti Kaman, Pengarah GIATMARA Negeri Kelantan bersama barisan pegawai GIATMARA. Objektif utama lawatan […]
PROGRAM PELEPASAN TUNTUNG SUNGAI 2025 KAMPUNG PASIR GAJAH, KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN

Program Pelepasan Tuntung Sungai 2025 telah diadakan pada 4 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di Pasir Pok Nasir, Kampung Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu Darul Iman.Program yang memasuki tahun ke-13 penganjurannya pada tahun ini, telah disempurnakan perasmiannya oleh YM. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH selain Prof. Dr. Maketab bin Mohamed, Pengerusi Persatuan […]
KURSUS PENGENALAN HOMESTAY WILAYAH KETENGAH TAHUN 2025

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengenalan Homestay Wilayah KETENGAH Tahun 2025 pada 2 Oktober 2025 bertempat di Kelab Golf Buki Besi (KGBB), Bukit Besi, Dungun, Terengganu Darul Iman sebagai persediaan Tahun […]

