Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024

KETENGAH telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 bagi menghargai sumbangan dan prestasi cemerlang pegawai serta kakitangan dalam memacu kejayaan organisasi dan pembangunan luar bandar. Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, yang menekankan bahawa anugerah ini adalah permulaan untuk mengekalkan momentum kecemerlangan. Beliau […]
kunjungan daripada Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD

KETENGAH telah menerima kunjungan daripada Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Maclaine @ Martin Ben, Timbalan Menteri M-FICORD (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) bersempena lawatan kerja ke Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) serta projek-projek pertanian di bawah Jabatan Pertanian […]
Hari Pembersihan Sedunia

World Cleanup Day atau Hari Pembersihan Sedunia merupakan satu program global yang disambut serentak oleh 180 negara pada bulan September setiap tahun. Sambutan ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar serta menggalakkan kerjasama antara komuniti dalam mengatasi masalah pencemaran. Di Malaysia telah dimaklumkan Hari Cuci Malaysia (HCM) akan diadakan pada hari […]
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH 1447H/2025M Disambut Meriah

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH 1447H/2025M telah berlangsung dengan penuh meriah dan disertai daripada pelbagai lapisan masyarakat. Perarakan bermula dari Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) dan berakhir di Balai Orang Ramai (BALORA) dengan jarak sejauh 4 kilometer. Tahun ini, sebanyak 35 pasukan telah menyertai perarakan dan tiga kategori dipertandingkan iaitu […]
KETENGAH sertai Seminar Keselamatan ICT KESEDAR 2025

Seminar Keselamatan ICT KESEDAR 2025 berjaya menghimpunkan lebih 300 peserta di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR. Program anjuran KESEDAR dengan penyertaan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu turut diserikan dengan penglibatan KETENGAH sebagai pempamer, yang memperkenalkan teknologi Virtual Reality (VR) kepada peserta. Kehadiran KETENGAH bukan sahaja memberi pendedahan baharu […]
KURSUS AGRODESA MADANI FERTIGASI CILI WILAYAH KETENGAH TAHUN 2025

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu telah menganjurkan Kursus Agrodesa Madani Fertigasi Cili Wilayah KETENGAH Tahun 2025 pada 17-18 September 2025 bertempat di Pavilion Usahawan, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pengusaha fertigasi cili dalam wilayah KETENGAH mengenai teknik penanaman cili yang […]

