KETENGAH Terima Kunjung Hormat ECERDC

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang diketuai oleh Pengurus Besar, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa bersama-sama pihak pengurusan telah menerima kunjung hormat daripada rombongan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Rombongan ECERDC tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ Baidzawi bin Che Mat bersama-sama beberapa pegawai kanan. Kunjung hormat ini […]
Co-Working Space AMBS Hab Interaktif Setempat

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menerima kunjungan daripada Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diketuai oleh Puan Noraina binti Masduki@Abdul Hanan, Setiausaha Bahagian. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) bersama-sama Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Pembangunan Teknologi Maklumat dan […]
Sesi Dialog Belanjawan 2026 KKDW

KKDW telah mengadakan Sesi Dialog Belanjawan 2026 KKDW Bersama Pihak Berkepentingan dari kategori persatuan/individu/swasta di bawah jabatan/agensi. Objektif penganjuran sesi ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan input awal daripada pihak berkepentingan berhubung hasrat serta harapan dalam Belanjawan 2026 sebelum pelaksanaannya. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW. KKDW mensasarkan 50 […]
Sesi Libat Urus Rolling Plan Kedua (RP2) Tahun 2027 Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13)

Sesi Libat Urus Rolling Plan Kedua (RP2) Tahun 2027 Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah diadakan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat Wilayah KETENGAH. Sesi ini diadakan di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun. Sesi ini bertujuan untuk mendapatkan input daripada pemimpin masyarakat bagi memantapkan lagi penyediaan permohonan […]
Semangat MADANI, Kontinjen KETENGAH sertai Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Terengganu

Kontinjen KETENGAH berkekuatan seramai 42 orang kakitangan telah mengambil bahagian dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Terengganu pagi tadi. Megah berbusana baju kebangsaan berwarna biru dengan elemen batik, melambangkan semangat patriotik, identiti kebangsaan, dan keunikan warisan budaya Malaysia. Rekaan ini bukan sahaja menonjolkan keharmonian warna dan corak tradisional, malah mencerminkan dedikasi peserta dalam […]
MAJLIS MAKAN MALAM PENGURUSAN KETENGAH BERSAMA PESERTA PERARAKAN DAN PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Bagi meraikan komitmen dan semangat peserta perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Terengganu, satu Majlis Makan Malam Pengurusan KETENGAH Bersama 42 peserta telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang terlibat sejak latihan kawad […]

