BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMENTASI SEMPENA ANUGERAH INOVASI KKDW TAHUN 2025

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menganjurkan Anugerah Kualiti dan Inovasi KKDW Tahun 2025 yang dijadualkan berlangsung pada November 2025 sebagai salah satu inisiatif tahunan Program Inovasi Kementerian. Penganjuran anugerah ini bertujuan mengiktiraf serta menyemarakkan budaya inovasi dan kualiti dalam kalangan warga perkhidmatan awam khususnya di bawah seliaan KKDW. Tiga kategori utama yang wajib […]
KETENGAH SERTAI LARIAN MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-20 (MAPPA XX) 2025

Seramai 32 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH yang diketuai oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Hj. Md.Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) telah menyertai Program Larian MAPPA XX Tahun 2025 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang diadakan bersempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) 2025. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. […]
KETENGAH dan KPFB Meterai Memorandum Kerjasama Strategik

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) hari ini memeterai satu Memorandum Kerjasama yang menyaksikan jalinan strategik dalam pelbagai sektor. Majlis menandatangani memorandum tersebut berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji […]
PROGRAM SEPAKAT ASYURA MADANI BERSAMA KOMUNITI KETENGAH SEMPENA SAMBUTAN MA’AL HIJRAH TAHUN 2025 MASIHI/ 1447 HIJRAH

Mengambil inspirasi daripada peristiwa hijrah, KETENGAH telah menganjurkan Program Sepakat Asyura Madani Bersama Komuniti sebagai platform untuk memupuk semangat perpaduan, menyemai nilai kasih sayang sesama komuniti, serta mengukuhkan hubungan antara agensi dan masyarakat setempat. Dengan tema “KETENGAH Sepakat Asyura MADANI”, program ini berperanan sebagai medan dalam menyatukan suara dan tindakan ke arah pembangunan wilayah yang […]
KETENGAH Tawan Puncak Gunung Tebu

Bersempena dengan Program Penyerahan Aset Fizikal Program Desa Lestari Kepada Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad, seramai 16 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah di undang menyertai ekspedisi menawan Puncak Gunung Tebu. Ekspedisi ini disertai seramai 62 orang peserta yang terdiri daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) […]
MAJLIS PENYERAHAN ASET FIZIKAL PROGRAM DESA LESTARI KEPADA KOPERASI SAHABAT GUNUNG TEBU TERENGGANU BERHAD

Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad hari ini menerima aset-aset fizikal bagi Projek Ekopelancongan di bawah Program Desa Lestari yang merupakan salah satu inisiatif oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memperkasakan sosioekonomi komuniti luar bandar menggunakan pendekatan koperasi. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus […]

