KEMAH 2024

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu telah menjayakan pelaksanaan Kem Keibubapaan Hebat (KEMAH) 2024 pada 9 – 11 Ogos 2024 (Jumaat- Ahad) bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Besut Terengganu. Program yang dilaksanakan di bawah LPPKN ini telah bermula sejak Tahun 2023 dengan penglibatan penduduk dalam […]
KETENGAH menang “Booth Terbaik” sempena (TEGAK) 2024

Temasya Tranung Kite 2024 (TEGAK) telah berlangsung dengan meriah pada 8-10 Ogos 2024 bertempat di Dataran Pesisir Sungai, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama Kerajaan Negeri Terengganu dengan kelolaan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara dan Persatuan ATMA Seni Budaya Terengganu. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan […]
Kunjung hormat KETENGAH ke TNB

KETENGAH mengunjungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu. Kunjung hormat ini bertujuan menjalinkan hubungan kerja di samping membincangkan beberapa perkara berkaitan operasi bekalan elektrik yang boleh ditambahbaik antara TNB Terengganu dengan KETENGAH. Rombongan diketuai oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan disambut oleh Ir. Haji Mohamad Mohyddin Mohamed Nor , Pengurus […]
Menandatangani Plak Bayaran Tanpa Tunai dan Peletakan Plak Informasi Aset Pameran Muzium Bukit Besi

Program Eco@Tourism KETENGAH : Menandatangani Plak Bayaran Tanpa Tunai dan Peletakan Plak Informasi Aset Pameran Muzium Bukit Besi telah diadakan pada 4 Ogos 2024 (Ahad) yang telah disempurnakan oleh YM. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Turut hadir ke program ini adalah semua pengurusan KETENGAH. Peletakan Plak […]
PROGRAM SEPAKAT ASYURA MADANI SEMPENA SAMBUTAN MA’AL HIJRAH WILAYAH KETENGAH 1446H/2024M

Kedatangan tahun baru Hijrah atau awal Muharram sinonim dengan masakan bubur asyura dalam kalangan masyarakat melayu. Bubur ini dimasak menggunakan pelbagai jenis campuran bahan seperti rempah, kekacang, jagung, daging dan beras menjadikannya salah satu makanan tradisi terkenal dengan kelazatannya. Begitulah juga dengan perumpaan dalam masyarakat walaupun pelbagai pandangan dan fahaman, sekiranya semua bersatu dan bersepakat, […]
SAMBUTAN MAAL HIJRAH WILAYAH KETENGAH 1446H

Masyarakat Islam harus mengambil intipati dan iktibar daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW supaya dapat diterapkan dalam kehidupan demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia mahupun akhirat. Hijrah ini penuh dengan perancangan yang teliti, strategi yang tersusun rapi dan pengorbanan yang amat besar dalam mencapai objektif dakwah islam. Peristiwa hijrah ini telah terangkan oleh […]