Perasmian Projek Tanaman Sorghum KRT Progresif Taman Selesa

KETENGAH sentiasa menyokong dan membantu kegiatan dan program yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dalam wilayah. Tahniah buat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Selesa, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu kerana telah terpilih sebagai lokasi persinggahan Kembara Jubli Emas KRT yang disertai oleh YBhg. Dato’ Haji Che Roslan Che Daud, Ketua Pengarah Jabatan […]
LAWATAN PENANDA ARAS PEMBANGUNAN BAHAGIAN EKONOMI DAN USAHAWAN

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan lawatan penanda aras ke projek- projek pertanian iaitu Projek Tanaman Sorghum, Projek Tanaman Fertigasi Cili, dan Projek Tanaman Nanas. Tempat pertama yang dilawati peserta ialah projek tanaman sorghum di Bentong, Pahang. Tanaman sorghum atau dikenali sebagai sekoi memiliki potensi untuk menjadi makanan pengganti atau alternatif kepada beras dan […]
Majlis Perasmian Terengganu International Endurance Park (TIEP) dan Clubhouse

Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Terengganu International Endurance Park (TIEP) dan Clubhouse, serta Penyampaian Hadiah Karnival TIEP Pertandingan Bidong Flora Fest sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu. KETENGAH telah diumumkan mendapat tempat ketiga kategori syarikat GLC dalam pertandingan […]
Lawatan Delegasi Majlis Pembangunan Wilayah Timur (ECER)

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menerima kehadiran delegasi Majlis Pembangunan Wilayah Timur yang diketuai oleh Encik Fakhrul Nizam Baharum, Ketua Bahagian Perniagaan Tani. Tujuan lawatan diadakan adalah bagi melihat potensi dan peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam rangka mewujudkan pembangunan ekonomi Wilayah yang berdaya maju. Delegasi telah diberikan taklimat berkenaan pembangunan projek pertanian oleh […]
Karnival Terengganu Endurance Park 2025

Karnival Terengganu Endurance Park 2025 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Mei 2025 di Lembah Bidong, Setiu telah mendapat sambutan hangat dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk peserta antarabangsa. Bidong Flora Fest 2025 merupakan salah satu tarikan utama di karnival ini. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) turut sama menyertai Bidong Flora Fest 2025 dengan membawakan konsep […]
Majlis Penyerahan 2 Unit Bot Pelancong Projek Perkhidmatan Pelancongan Koperasi Setiajaya Pulau Redang Kuala Terengganu Berhad

Program Desa Lestari (PDL) yang diperkenalkan bermula 2013 di bawah program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) merupakan antara inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan penyediaan geran kepada koperasi komuniti yang terpilih. Koperasi Setiajaya Pulau Redang Kuala Terengganu Berhad yang beroperasi di Kampung Pulau Redang, Terengganu telah berjaya terpilih menerima […]

