logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-53 PENUBUHAN KETENGAH

EPOSTER SAMBUTAN 53 - featured

Hari ini 12 April 2026 merupakan hari ulang tahun penubuhan KETENGAH . 53 tahun merupakan satu tempoh yang panjang dan penuh bermakna dalam menzahirkan komitmen, perjuangan serta khidmat bakti kepada masyarakat. Sepanjang lebih lima dekad penubuhannya, KETENGAH telah melakar sejarah tersendiri sebagai sebuah agensi pembangunan wilayah yang memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan, meningkatkan kesejahteraan […]

KETENGAH Santuni Pesakit Melarat Sempena Ulang Tahun Ke-53

671466262_1407925408031579_6069744182973545616_n

Felda Jerangau Barat, 11 April – Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat telah menyantuni pesakit melarat di kawasan Felda Jerangau Barat bersempena Sambutan Ulang Tahun KETENGAH ke-53 yang disambut serentak di tiga parlimen dalam wilayah KETENGAH. Program Ziarah Kasih yang dianjurkan ini merupakan manifestasi keprihatinan KETENGAH dalam menyantuni masyarakat yang diuji dengan masalah kesihatan. […]

Jasamu Dikenang: Persaraan Encik Mohd Fauzi bin Abdullah

670194865_1406591334831653_5856989457435595136_n

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Fauzi bin Abdullah atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang 31 tahun 8 bulan 9 hari berkhidmat di KETENGAH. Segala pengorbanan dan sumbangan beliau amat bermakna dalam memacu kecemerlangan organisasi. Sesungguhnya, khidmat bakti yang dicurahkan akan sentiasa dikenang dan dihargai. Semoga Encik […]

KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH SIRI KE-2 LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH) TAHUN 2026

featured-image

7 hingga 9 April 2026– Peranan pemandu jabatan jauh lebih besar daripada sekadar membawa kenderaan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pemandu jabatan membawa bersama mereka imej organisasi, keselamatan pegawai serta kelancaran urusan rasmi jabatan. Setiap kali kenderaan rasmi berada di jalan raya, masyarakat melihatnya sebagai lambang kepada disiplin dan profesionalisme KETENGAH. Oleh itu, […]

YAYASAN KETENGAH SALUR SUMBANGAN KECEMASAN BANTU PENDUDUK TERJEJAS MUSIBAH KEBAKARAN

bantuan-4

7 April 2026 – Yayasan KETENGAH terus memperkukuh agenda kebajikan dan keprihatinan terhadap masyarakat wilayah melalui Penyerahan Sumbangan Kecemasan kepada penduduk yang mengalami kemusnahan kediaman rumah akibat kebakaran dalam kejadian yang berlaku pada 20 Februari 2026 di Kampung Seberang Tayor, Kemaman. Sumbangan ini bertujuan menyantuni mangsa serta meringankan beban yang ditanggung akibat musibah tersebut. YBhg. […]

LAWATAN PEMANTAUAN BAGI PROJEK PERKHIDMATAN REKREASI DAN EKOPELANCONGAN, KOPERASI SAHABAT GUNUNG TEBU TERENGGANU BHD DI BAWAH PROGRAM DESA LESTARI, KKDW

lawatan-tebu-3

Besut, 5 April 2026 – Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad merupakan penerima geran di bawah Program Desa Lestari, iaitu salah satu inisiatif oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memperkasakan komuniti luar bandar melalui pendekatan koperasi. Koperasi berkenaan telah menerima geran berjumlah RM500,000, yang digunakan untuk membiayai pelbagai komponen projek, termasuk pembelian sebuah […]