logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

TAKLIMAT PENGGUNA MyGovUC KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH

494482961_1116518860505570_5846764630173193508_n

Seramai 134 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah menghadiri taklimat pengguna MyGovUC bertempat di Dewan Blok D, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Tujuan utama program ini dilaksanakan ialah bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan tentang fungsi dan ciri-ciri terbaru tentang MyGovUC 3.0. MyGovUC adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu […]

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BEKAS PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH

493272479_1115747843916005_6447418022138736636_n

Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, Terengganu | Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bekas Pegawai dan Kakitangan KETENGAH telah berlangsung meriah dengan kehadiran seramai hampir 200 orang. Program ini bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturrahim berikutan masing-masing berjauhan setelah meninggalkan perkhidmatan di KETENGAH disamping memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025. Pengerusi Persatuan Pesara KETENGAH, YBhg. Tuan […]

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PEJABAT PERBANDARAN BUKIT BESI

492359357_1112696077554515_1662541131041550325_n

Tasik Puteri yang sudah terkenal dengan keindahan tasik peninggalan lombong bijih besi dahulu menjadi lokasi pilihan bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Perbandaran Bukit Besi tahun ini.YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH hadir dalam memeriahkan majlis bersama-sama barisan pengurusan KETENGAH. Semangat Aidilfitri melalui kerjasama dan jalinan kemesraan dengan penganjuran program […]

Program Bazar Usahawan Madani KETENGAH (BASKET Madani) dan Hari Bertemu Pelanggan

493273706_1112832657540857_7474644550112710459_n

Sempena dengan Program Bazar Usahawan Madani KETENGAH (BASKET Madani), KETENGAH turut mengadakan Hari Bertemu Pelanggan. Tujuan utama program ini adalah bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi secara langsung dengan pegawai KETENGAH di lapangan dan menyuarakan pendapat serta maklum balas mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan. Disamping itu, masyarakat juga boleh membuat aduan dan menyatakan […]

BENGKEL PRA DESA LESTARI ZON TIMUR (PAHANG) TAHUN 2025

491291642_1112506284240161_283476367788909615_n

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Institut Kemajuan Desa (INFRA) telah diberi peranan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menganjurkan Bengkel Pra Desa Lestari Zon Timur (Pahang) Tahun 2025 bagi tujuan memberi panduan mengenai penyediaan rancangan perniagaan yang komprehensif untuk penilaian keberhasilan projek yang dicadangkan. Bengkel ini berlangsung di Swiss-Belhotel, Kuantan, Pahang […]