logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI PEJABAT PERBANDARAN BANDAR CENEH BAHARU

492042760_1111729997651123_3833711470268190415_n

Kemeriahan Sambutan Hari Raya di Pejabat Perbandaran Bandar Ceneh Baharu mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan pengurusan KETENGAH hadir sama dalam memeriahkan majlis. Menu utama yang menjadi rebutan ialah singgang dan gulai daging yang dimasak secara gotong royong oleh pegawai dan kakitangan di pejabat […]

Majlis Sambutan Hari Raya Pejabat KETENGAH Perbandaran Ketengah Jaya

Gambar KJ

Sambutan Hari Raya di pejabat perbandaran dilihat sebagai salah satu usaha KETENGAH untuk menjalin ikatan silaturrahim yang lebih erat di antara KETENGAH dengan komuniti setempat. Bagi sambutan kali ini, pegawai dan kakitangan KETENGAH pejabat perbandaran telah memasak secara gotong royong dalam menyiapkan juadah. Kemesraan dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan mereka melalui program sebegini. Hari […]

Keberangkatan DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu ke Pulau Poh, Tasik Kenyir

491354631_1111699077654215_3282397676554922270_n

DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli meninjau projek pembangunan di Pulau Poh, Tasik Kenyir. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa (Pengurus Besar KETENGAH), Encik Mohd Fadli bin Ngah, YDP Majlis Daerah Hulu Terengganu, Encik Ahmad Ridzwan bin […]

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN & SAMBUTAN HARI RAYA KKDW PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

491965781_1110555897768533_2256587319174197627_n

KETENGAH turut memeriahkan Program Hari Bertemu Pelanggan & Sambutan Hari Raya KKDW Peringkat Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Terengganu.  Majlis ini telah diadakan bertempat di Wedding Place by Villa Padu, Kampung Serada dengan kerjasama daripada jabatan dan agensi di bawah KKDW Negeri Terengganu iaitu MARA, FELCRA, RISDA, KEMAS, […]

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KETENGAH TAHUN 2025

492227708_1109165144574275_6972716445428037736_n

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH Tahun 2025 disambut dengan penuh kesederhanaan tetapi meriah dan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Majlis dimulai dengan ucapan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan sesi bersalaman serta bermaafan di kalangan warga KETENGAH. Pengurus Besar KETENGAH dalam ucapannya berkata, “Saya ingin mengambil peluang […]

PENYERAHAN PERALATAN PENYEDIAAN MAKANAN KEPADA PESERTA KURSUS KEK DAN PASTRY EXPERT PROGRAM SURI IMPIAN (SURIA) KETENGAH TAHUN 2025 (FASA 1)

492032987_1109754107848712_4447749412456620743_n

KETENGAH telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi pelaksanaan Program Suri Impian (SURIA) Wilayah KETENGAH Tahun 2025. Program SURIA ini dilaksanakan bertujuan menyediakan latihan kemahiran dan bantuan peralatan untuk menambah pendapatan ibu tunggal dan suri rumah disamping dapat meningkatkan taraf hidup keluarga. Pada tahun ini latihan kemahiran yang difokuskan adalah pembuatan kek dan pastri. Bagi memastikan objektif […]