logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Wilayah KETENGAH

430012605_812194300938029_2261445129059290294_n

Program gotong- royong sempena Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Wilayah KETENGAH telah diadakan di dua (2) produk pelancongan yang terjejas akibat banjir iaitu Kawasan Rekreasi Sungai Kelemin, Kampung Talong dan Kawasan Rekreasi Kampung Kuala Jengal, Dungun, Terengganu Darul Iman melibatkan 60 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH yang terdiri daripada Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial dan […]

KETENGAH MENYERTAI PROGRAM KARNIVAL BEAUTIFUL TERENGGANU TAHUN 2024

409078843_807387584752034_4430146769193963190_n

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Karnival Beautiful Terengganu Tahun 2024 pada 22 hingga 25 Februari 2024 (Khamis – Sabtu) bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Taman Awam Shahbandar, Kuala Terengganu. Karnival tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.Penganjuran […]

Lawatan Singkat ke Bukit Besi Agro-Exotic Farm

428711523_806913818132744_7972463734442074436_n

Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa telah meluangkan masa mengadakan lawatan singkat ke Bukit Besi Agro-Exotic Farm. Tempat ini telah diusahakan oleh Encik Mohd Baharem bin Endut yang merupakan salah seorang usahawan KETENGAH. Bukit Besi Agro-Exotic Farm terletak di Bandar Bukit Besi, Terengganu merupakan sebuah taman pertanian yang mempunyai pelbagai […]

Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Pertama Tahun 2024

429479619_805230981634361_5408086933425100097_n

Pada 20 Februari 2024, berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Pertama Tahun 2024 bertempat di Dewan Utama, Blok D, Ibu Pejabat KETENGAH. Dalam majlis tersebut, Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa berkata “ Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga kerja KETENGAH atas […]

LAWATAN KERJA KE TASIK KENYIR BERSAMA KEMENTERIAN EKONOMI BAGI TAHUN 2024 KE MOTAC

428467843_804409488383177_2903272743351432543_n

Pada 19 Februari 2024, lawatan kerja ke Tasik Kenyir bersama Kementerian Ekonomi bagi tahun 2024 ke projek pembangunan di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah diadakan bertujuan untuk memantau secara langsung pelaksanaan dan hala tuju projek yang telah diluluskan agar dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Lawatan kerja ini adalah sebagai platform bagi […]

Kunjungan Hormat TM One ke KETENGAH

428291928_803852628438863_8066952835385792162_n

Satu sesi Kunjungan Hormat TM One ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah diadakan pada 15 Februari 2024 (Khamis) yang diketuai oleh Tuan Haji Muhamad Ridwan bin Ibrahim Ketua TM One Terengganu. Rombongan tersebut telah disambut oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa Pengurus Besar KETENGAH. Manakala sesi perkongsian teknologi telah diadakan di […]