KETENGAH dinobatkan tempat ketiga dalam Pertandingan Bot Berhias

Tahniah buat KETENGAH apabila telah dinobatkan tempat ketiga dalam Pertandingan Bot Berhias Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan KDYMM Sultan Terengganu bagi kategori GLC.
Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Kediaman

Nasib malang menimpa keluarga Encik Nawai Sulaiman yang tinggal di Taman Permai, Peringkat 1, Bandar Ceneh Baharu Kemaman apabila kediamannya telah mengalami kebakaran. Rumah yang didiami bersama isteri dan empat orang anaknya itu musnah teruk, dipercayai berpunca daripada kotak fius meletup dan terbakar sehingga menyebabkan api marak dengan cepat. Anggaran kerugian masih dalam siasatan. Pengerusi […]
Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Jahitan

Satu Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Jahitan kepada salah sorang usahawan yang terjejas banjir telah diadakan bertempat di Kampung Kuala Jengal, Dungun. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan diiringi Puan Fadhlina binti Mohamed, Pengurus Ekonomi dan Usahawan. Dalam majlis yang berlainan, Pengurus Besar telah menyerahkan […]
Kursus Pengurusan Koperasi, Asas Perniagaan dan Pemasaran, Pengurusan Ternakan Ikan Air Tawar dan Pengurusan Kewangan

Telah berlangsung Kursus Pengurusan Koperasi, Asas Perniagaan dan Pemasaran, Pengurusan Ternakan Ikan Air Tawar dan Pengurusan Kewangan di bawah Program Pemerkasaan Komuniti Berdaya Saing (Komuniti Lestari) Wilayah KETENGAH Tahun 2023 di Bangunan Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Felda Cherul, Kemaman selama 2 hari. Kursus tersebut melibatkan seramai 18 org peserta dari Kampung Felda Cherul yang menjalankan […]
Aspirasi Keterampilan Wanita KETENGAH

Penampilan diri adalah sinonim dengan wanita kerana penampilan diri seseorang individu itu boleh mencerminkan sikap dan peribadinya. Secara umum,penampilan diri ini boleh dikatakan amat penting kepada setiap individu,tidak kira secara formal atau tidak formal. Peribadi wanita akan terserlah apabila mempunyai keyakinan dalam berketerampilan. Oleh itu, KETENGAH telah mengadakan program “Aspirasi Keterampilan Wanita KETENGAH” kepada pegawai […]
Kursus Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ)

Ketirisan maklumat sering berlaku di jabatan kerajaan dan satu mekanisme kawalan yang mampan perlu dilaksanakan dengan sewajarnya supaya impak negatif kepada reputasi Kerajaan amnya ,dan KETENGAH khasnya dapat dielakkan. Persekitaran dan cara kerja turut berubah seiring dengan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Justeru, Ketua Jabatan telah diarahkan memberi perhatian yang serius untuk […]