logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM SUMBANGAN YAYASAN KETENGAH TAHUN 2026

621694811_1343019374522183_9095421585387056598_n

Keprihatinan terhadap kebajikan penduduk wilayah terus menjadi keutamaan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Sehubungan itu, KETENGAH telah berjaya menganjurkan Program Penyampaian Sumbangan Yayasan KETENGAH Tahun 2026 yang melibatkan permohonan penduduk di Zon Bandar Bukit Besi. Sumbangan ini disalurkan bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat, […]

KETENGAH Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama Rakan Media dan Influencer

621727857_1342966227860831_9067251679186071971_n

Kuala Terengganu, 25 Januari 2026 – KETENGAH terus memperkukuh hubungan strategik bersama rakan media dan influencer bagi menyokong penyampaian maklumat pembangunan wilayah secara berkesan kepada masyarakat. Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat berkata, media dan influencer berperanan sebagai jambatan penting antara agensi dan rakyat dalam membentuk kefahaman, keyakinan serta persepsi masyarakat terhadap usaha pembangunan […]

BEKERJA DENGAN INTEGRITI, BERKHIDMAT DENGAN HATI, DAN MEMBANGUN BERSAMA RAKYAT

615979308_1337992375024883_4836380938947162472_n

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2026 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Majlis ini menghimpunkan seluruh warga KETENGAH termasuk pegawai serta kakitangan anak-anak syarikat sebagai platform penyampaian hala tuju organisasi di samping memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam menghadapi cabaran […]

KEJOHANAN PETANQUE OPEN DOUBLE TERTUTUP WILAYAH KETENGAH & JEMPUTAN

616390736_1337026061788181_7460482219140232370_n

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah menyertai Kejohanan Petanque Open Double Tertutup Wilayah KETENGAH & Jemputan yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat. Kejohanan ini melibatkan penyertaan sebanyak 72 pasukan dari Wilayah KETENGAH, serta jemputan dari Daerah Dungun, Marang dan Kemaman. Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan malah […]

PROGRAM ECO@TOURISM KETENGAH: GOTONG-ROYONG DI TASIK PUTERI DAN MUZIUM BUKIT BESI

615352475_1333944578762996_8231374284513641097_n

Program Eco@Tourism KETENGAH: Gotong-Royong di Tasik Puteri dan Muzium Bukit Besi telah diadakan pada 15 Januari 2026 (Khamis). Program ini melibatkan seramai 50 orang kakitangan KETENGAH yang terdiri daripada Bahagian Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sosial, Hartanah dan Kuasa Tempatan (Perbandaran Bukit Besi) serta wakil daripada Koperasi Bukit Besi Dungun Berhad. Program ini bertujuan untuk melaksanakan […]

PROGRAM SOLAT SUNAT & KULIAH DHUHA PERINGKAT KETENGAH

615411712_1332524568904997_2164757355137944083_n

KETENGAH telah menganjurkan Program Solat Sunat dan Kuliah Dhuha bertempat di Surau Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah pada hari ini bermula jam 8.30 pagi. Program yang penuh pengisian rohani ini telah dimulakan dengan kuliah bertajuk “Penghayatan Isra’ Mikraj” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Wahairi bin Mahmud, Mantan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian […]