logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

PENGERUSI KETENGAH TINJAU PROJEK PEMBANGUNAN DI AL MUKTAFI BILLAH SHAH (AMBS) DAN BUKIT BESI

615393764_1331669312323856_3982422124099267257_n

YBhg. Dato’ Rozi bin Mamat, Pengerusi KETENGAH, telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa projek pembangunan bertujuan menilai secara langsung tahap kemajuan pelaksanaan projek, mengenal pasti punca kelewatan serta memastikan projek berimpak tinggi dapat disiapkan mengikut jadual demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat setempat di sekitar Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) dan Bandar Bukit Besi, hari […]

LAWATAN KERJA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS) KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) ZON TIMUR KE KETENGAH

605958940_1323710086453112_1838603338199387651_n

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Ahli Mesyuarat Penyelarasan Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Zon Timur yang diketuai oleh YBrs. Encik Zuraime bin Ahmad, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), ke projek Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) KETENGAH. Lawatan ini diadakan bersempena Mesyuarat […]

Program Tadabbur Al-Quran@KETENGAH

605706307_1323172636506857_8994754727263008508_n

Program Tadabbur Al-Quran@KETENGAH yang dipimpin oleh YBhg. Ustaz Mohd Nubairi bin Mat Nor bertempat di Surau Ibu Pejabat KETENGAH. Program ini bertujuan menyemarakkan penghayatan serta kecintaan warga KETENGAH terhadap Al-Quran. Kehadiran tuan, puan sekaligus dapat menyemarakkan lagi penghayatan dan kecintaan kita terhadap Al-Quran, di samping memperkukuhkan kefahaman serta pengamalan nilai-nilai murni yang terkandung di dalamnya […]

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026

Selamat_Tahun_Baharu_2026_half

Tahun yang berlalu telah menyaksikan pelbagai cabaran dan dugaan. Namun dengan iltizam yang tinggi, kerjasama erat serta semangat kebersamaan semua pihak, KETENGAH terus melangkah ke hadapan dalam melaksanakan amanah pembangunan wilayah di kawasan Terengganu Tengah. Tahun Baharu 2026 hadir sebagai lembaran baharu yang membawa sinar harapan, peluang dan aspirasi yang lebih besar. Ia menuntut komitmen […]

KETENGAH Anjur Program Bayanul ‘Ilm Tutup Tirai Tahun 2025

605629630_1322028246621296_5280233404332742215_n

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menganjurkan program pengisian rohani Bayanul ‘Ilm (Penerangan Ilmu) sebagai penutup tirai Tahun 2025, bertempat di Masjid Sultan Mahmud. Program tersebut telah menghimpunkan komuniti setempat sekitar Bandar Al Muktafi Billah Shah bersama pengurusan serta warga kerja KETENGAH, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan hubungan erat antara agensi pembangunan itu dengan komuniti […]

Pendigitalan Luar Bandar: Aspirasi KETENGAH ke Arah Smart Region

604785337_1321703336653787_8100641582996821472_n

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan besar dalam landskap pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan awam di Malaysia. Transformasi digital bukan lagi sekadar pilihan, sebaliknya menjadi satu keperluan strategik bagi memastikan kecekapan tadbir urus, ketelusan perkhidmatan dan keterangkuman sosial dapat dicapai secara menyeluruh. Dalam konteks ini, agensi pembangunan wilayah seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah […]