logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

MANGSA BANJIR DIBANTU- 85 KIT BANTUAN BENCANA DIAGIHKAN

600274046_1313385914152196_4835357476768288046_n

KETENGAH meneruskan usaha murni dalam menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang terjejas di wilayah KETENGAH. Kemaman merupakan salah satu daerah yang mengalami kesan teruk akibat bencana banjir gelombang kedua yang melanda beberapa kawasan di negeri ini. Sebagai tanda keprihatinan terhadap keadaan mereka, sebanyak 85 kit bantuan bencana telah diagihkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) […]

PENYAMPAIAN BANTUAN BENCANA GELOMBANG KEDUA DI WILAYAH KETENGAH

600229056_1312708557553265_943683101416601680_n

Gelombang kedua banjir yang melanda wilayah KETENGAH telah menyebabkan penduduk Kampung Pasir Raja untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja. Seramai 102 orang dari 33 keluarga telah berlindung di PPS berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka. Sebagai tanda prihatin dan komitmen KETENGAH untuk bersama-sama masyarakat di saat kesulitan, KETENGAH telah […]

KETENGAH SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

600281694_1312655460891908_614987874166059739_n

Seramai 506 orang mangsa daripada 115 keluarga telah ditempatkan di 8 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam Wilayah KETENGAH sehingga jam 12.00 tengah hari susulan banjir gelombang kedua yang melanda beberapa kawasan di daerah Dungun dan Kemaman. Sebagai tanda keprihatinan KETENGAH terhadap kebajikan masyarakat setempat, YBrs. Dr. Mohd Zaki bin Haji Salleh, yang mewakili Pengerusi KETENGAH, […]

PROGRAM SIMULASI KETENGAH FOOD VALLEY

601922241_1312824504208337_5538836976654345302_n

KETENGAH telah melaksanakan Program Simulasi KETENGAH Food Valley sebagai satu langkah strategik ke arah memperkasa pembangunan ekosistem Lembah Makanan KETENGAH yang merangkumi sektor industri kecil dan sederhana (IKS), ternakan, akuakultur dan pertanian. Program ini melibatkan penyertaan pelajar Kolej KETENGAH dan kakitangan KETENGAH bertujuan mendapatkan input, maklum balas dan mengenal pasti penambahbaikan sebelum pelaksanaan sebenar dilaksanakan. […]

Penyampaian Sumbangan Bencana Ribut Wilayah KETENGAH 2025 (Zon Bukit Besi)

Penyampaian Sumbangan Bencana Ribut Wilayah KETENGAH

Sebagai tanda keprihatinan dan komitmen terhadap kebajikan masyarakat, KETENGAH telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk yang terkesan akibat bencana ribut yang melanda Zon Bukit Besi. Kejadian bencana ribut yang berlaku antara bulan September hingga November 2025 telah menyebabkan kerosakan terhadap 34 unit kediaman penduduk, terutamanya pada bahagian atap rumah. Kejadian ini telah mengakibatkan kesulitan […]

KETENGAH Menghargai Pesara: “Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Tahun 2025”

598141222_1310279924462795_3995935211488415443_n

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi ini diadakan bukan sekadar untuk meraikan persaraan pegawai dan kakitangan yang bersara, tetapi sebagai penghormatan atas komitmen, disiplin dan sumbangan besar mereka sebagai penjawat awam di KETENGAH. KETENGAH berusaha untuk memastikan bahawa setiap individu yang terlibat dalam organisasi ini mendapat penghormatan yang sewajarnya sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi mereka yang telah […]