Bengkel Pemurnian Bajet

Pada 12 hingga 14 Januari 2017, telah berlangsung satu Bengkel Pemurnian Bajet Pembangunan KETENGAH RMKe-11 (RP2 Tahun 2017 bertempat Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Seramai 60 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri dari kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan teknikal. Bengkel ini diketuai oleh YBhg Tuan Haji Omar Bin Ismail, Pengurus Besar […]
Kursus Tata Sajian dan Pembuatan Pelbagai Nasi, Lauk Pauk dan Kuih Muih
KETENGAH dari semasa ke semasa sentiasa berusaha membantu meningkatkan pendapatan serta kemahiran penduduk dalam wilayahnya melalui pelaksanaan pelbagai jenis kursus. Bertempat di Quinara Al-Safir Resort, Tok Jembal, seramai 30 orang peserta telah menyertai Kursus Tata Sajian dan Pembuatan Pelbagai Nasi, Lauk Pauk dan Kuih Muih. Kursus yang diadakan sebanyak 2 siri ini,dengan kerjasama Inforana International […]
Kursus Kemahiran Gunting Rambut Lelaki
KETENGAH dengan kerjasama KEMAS telah menganjurkan Kursus Kemahiran Gunting Rambut Lelaki (Asas) Wilayah KETENGAH 2016 yang bermula pada 5 hingga 9 September 2016. Kursus ini disertai seramai 30 orang peserta dari seluruh Wilayah KETENGAH. Syarikat Prima Voc Sdn Bhd telah diberi kepercayaan dalam mengendalikan kursus ini bertempat di INFRA, Bangi. Majlis Penutup dan penyampaian sijil […]
Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH
Majlis Penyampaian Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh KETENGAH sebagai salah satu medium bagi menzahirkan keprihatinan terhadap kumpulan sasar. Penyumbang terbesar kepada tabung ini adalah syarikat-syarikat anak KETENGAH di mana sebahagian daripada keuntungan mereka telah disalurkan kepada tabung ini. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH 2016 […]
Anugerah Emas ICQCC Bangkok
Diucapkan tahniah kepada Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Bazaar kerana telah menerima Anugerah Emas di International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2016 di Bangkok.
Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyerahan Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2016
Sambutan bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang merupakan satu permulaan amat baik dalam usaha menyuntik dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Sehubungan dengan itu KETENGAH telah mengadakan majlis sambutan bulan kemerdekaan dan penyerahan Jalur Gemilang peringkat Wilayah KETENGAH pada 21 Ogos 2016. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga […]