Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH
Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama masyarakat islam khususnya bangsa Melayu yang diraikan terbesar di Malaysia. Sehubungan dengan itu, KETENGAH telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M yang bertempat di RTC Terengganu Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun pada 28 Julai 2015. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. […]
Gendang Semangat Telah dipalu
MAKSPEN XIII KEDAH 2015 akan berlangsung selama 5 hari bermula pada 12 hingga 16 Ogos 2015. Kejohanan sukan yang menghimpunkan kesemua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Ini merupakan wadah untuk kesemua warga KKLW berkumpul, bersukan dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturrahaim sesama mereka. Persiapan kontijen KETENGAH dalam menghadapi […]
Mini Konvesyen KIK Peringkat KETENGAH
KETENGAH mengambil inisiatif mengadakan Mini Konvesyen KIK dengan melibatkan sebanyak 13 buah kumpulan KIK yang terdiri daripada bahagian-bahagian dan anak syarikat KETENGAH. Program tersebut diadakan di TH Hotel & Convention Centre Terengganu yang bermula pada 26 hingga 27 Julai 2015. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato Haji Wan Mat Amin bin Wan […]
Ceria Pagi Syawal
Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Pengurus Besar KETENGAH yang diadakan pada Hari Raya Pertama iaitu Jumaat, 17 Julai 2015, berlangsung sangat meriah dengan kehadiran penduduk wilayah KETENGAH serta kakitangan KETENGAH. Rumah terbuka yang bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir jam 12 tengahari itu menyaksikan orang ramai saling beramah mesra selain menikmati pelbagai juadah yang disediakan.
Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini 12 Julai 2015, bertandang menjenguk rakyat Terengganu dalam satu majlis berbuka puasa bersama masyarakat Bandar Ceneh Baru , Kemaman, Terengganu. Dalam majlis tersebut beliau berkata “Ketengah perlu terus mempertingkatkan hasil pendapatannya dan keupayaan perancangannya termasuk bagi memperbanyakkan bidang keusahawan dan kegiatan ekonomi […]
Majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH DUN Bukit Besi
Pada 11 Julai 2015, satu majlis sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH bagi DUN Bukit Besi telah dilaksanakan bertempat di BALORA, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Seramai 688 penerima yang terdiri daripada golongan miskin telah dibantu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 206,400.00. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Encik Roslee bin Daud Pengerusi Jawatankuasa […]