Tahniah Dato Haji Wan Mat Amin Wan Daud
Seluruh warga KETENGAH mengucapkan tahniah kepada YBhg Dato’ Haji Wan Mat Amin Wan Daud atas kurniaan Dato Paduka Mahkota Terengganu sempena sambutan Ulang Tahun ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 26 April 2015. Majlis Istiadat penganugerahan itu berlangsung di Singgahsana Istana Syarqiyyah di sini hari ini yang disempurnakan oleh Sultan Mizan […]
Karnival Pembangunan KETENGAH ke-42
Berakhir sudah Karnival Pembangunan KETENGAH ke 42 yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 11hb hingga 13hb April 2015. Bersempena penubuhan KETENGAH pada 12hb April 1973, Karnival kali ini yang turut diadakan bertepatan dengan tarikh penubuhannya telah dirasmikan oleh Dato Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Berbagai acara […]
Pusat Hemodialisis Kini Beroperasi
Pusat Hemodialisis yang beroperasi di RTC Terengganu telah memulakan operasi pada hari ini 8 Mac 2015. Sebanyak 6 unit mesin telah ditempatkan di pusat ini dan dikawal selia oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT). Dengan pengoperasian pusat ini, pesakit yang tinggal di sekitar RTC Terengganu di mana sebelum ini terpaksa berulang alik ke Hospital Dungun, […]
KETENGAH UniSZA runding kata sepakat
Universiti Sultan Zainal Abidin atau UniSZA merupakan sebuah universiti yang popular dan tidak asing lagi di Negeri Terengganu. Sebagai sebuah universiti yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk Research and Development (RnD) dan boleh berkolaborasi bersama KETENGAH dalam pembangunan Wilayah termasuk Tasik Kenyir. Pada 5hb April 2015, rombongan UniSZA yang diketuai oleh Naib Canselor UniSZA, […]
Program sepagi bersama Pengurus Besar KETENGAH
Pada 2 April 2015 Program Sepagi Bersama Pengurus Besar KETENGAH telah diadakan bertempat di RTC Terengganu, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Program ini menghimpunkan ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat di Bandar Al Muktafi Billah Shah serta pengelibatan media. Diantara objektif program ini ialah: 1. Menjalin hubungan kerjasama yang lebih erat antara jabatan/agensi kerajaan, […]
Program Cakna Menteri KKLW
Satu Majlis Program Cakna Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama Felcra Berhad telah dirasmikan oleh Dato Seri Haji Mohd Shafie Apdal pada 25hb Mac 2015. Turut hadir bersama Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Anggota Parlimen Kemaman. Dalam program ini, Felcra Berhad (Felcra) telah mengagihkan keuntungan sebanyak RM305.3 juta […]