logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

MB Terengganu Lawat Mangsa Banjir

Pada 11hb Januari 2015, YAB Dato Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu telah datang melawat ke Kg Pasir Raja dan Kg Shukur bagi melihat sendiri kesan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. YAB Dato telah dibawa melawat ke seluruh kampung dan tempat kejadian tanah runtuh. Serentak dengan itu juga, YAB Dato juga menghulurkan […]

Projek Jiwa Murni ATM

Menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke -3 (NBOS3), untuk membantu menyediakan kemudahan bagi kesejahteraan rakyat, Pihak Angkatan Tentera turut menyumbang tenaga dalam menyahut seruan kerajaan dengan melaksanakan Projek Jiwa Murni membuat lencongan sementara di Jalan AMBS- Pasir Raja berdekatan Kampung Shukor yang terputus hubungan akibat tanah runtuh baru-baru ini. ADUN Bukit Besi YB. Encik Rosli […]

PB Tinjau Keadaan Banjir Sekitar Wilayah

KETENGAH sentiasa prihatin supaya nasib warga yang tinggal di Wilayahnya sentiasa terbela. Pengurus Besar, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, hari ini turun padang bagi meninjau keadaan selepas banjir di Kampung Durian Mentangau, Kuala Jengai, Tepus, Minda Talong dan Rantau Panjang. Kebanyakan mangsa banjir masih berada di pusat – pusat pemindahan memandangkan cuaca […]

Transformasi Kendiri dan Cakna Solat

Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, pembangunan kerohanian dan modal insan harus seiring dengan anjakan paradigma menjelang wawasan 2020. KETENGAH sentiasa mengadakan program untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, terutamanya golongan remaja kerana mereka merupakan tonggak negara yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara. Dalam konteks ini, satu “Program Transformasi […]

TPM Lawat Mangsa Banjir Di Kg Durian Mentangau

Kegembiraan dan senyuman terukir diwajah mangsa banjir apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang melawat mereka di Kampung Durian Mentagau, Dungun. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memperuntukkan bekalan air bersih di semua pusat pemindahan banjir bagi memastikan mangsa banjir tidak dijangkiti penyakit yang berkaitan dengan sumber air. Turut bersama dalam lawatan […]

Keprihatinan YBhg Datuk Seri KSU KKLW

Pada 26 disember 2014, YBhg. Datuk Seri Ibrahim Bin Muhamad, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah telah turun padang melawat mangsa banjir di Wilayah KETENGAH. YBhg. Datuk Seri telah menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang berupa makanan asas, pakaian, lampin kanak-kanak dan juga beras kepada mereka yang ditempatkan di pusat-pusat penempatan banjir. Diantara tempat […]