logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Bengkel Advance 5S

Bengkel Advance 5S Melalui Lean office (Pengurusan Lean) Sempena Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) telah di adakan di Hotel Seri Malaysia, Terengganu melibatkan seramai 40 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH yang terdiri daripada ketua, fasilitator, auditor dan jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan 5S di KETENGAH.Objektif bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai keperluan pelaksanaan […]

Anugerah Desa Cemerlang 2013

Pada 26 Jun 2014, Satu Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 yang berlangsung di Kampung Parit Haji Ali, Batu Pahat telah dirasmikan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar […]

Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Terengganu

Pada 24 & 25 Jun 2014, YAB Menteri Besar Terengganu, Dato Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman telah membuat lawatan kerja ke sekitar DUN Bukit Besi. YAB Menteri Besar telah dibawa melawat ke projek Tanam Sayur Sayuran Koperasi Usahawan Tani Kampung Wa Berhad, projek Kelapa Matang di Kampung Dendang dan meninjau tapak lot rumah berkelompok […]

Tahniah KETENGAH

Tahniah KETENGAH atas kejayaan dalam pertandingan KIK Regional Convention On Team Excelence Wilayah Pantai Timur 2014 pada 18 dan 19 Jun 2014. Sebanyak 3 Kumpulan telah bertanding iaitu Kumpulan Bazaar, Cahaya dan Dinamik. Dalam pertandingan tersebut, KETENGAH telah mendapat 1 Emas dan 2 Perak.

Lawatan Rombongan Setiausaha Pertama Duta Besar Singapura

Satu rombongan daripada Setiausaha Pertama Duta Besar Singapura telah datang melawat Tasik Kenyir pada 17 Jun 2014. Taklimat telah disampaikan oleh oleh Tuan Haji Mohd Zain Bin Haji Mohd Amin, Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan & Pelancongan Tasik Kenyir. Rombongan dibawa melawat di sekitar kawasan Pulau Bebas Cukai, Taman Herba.

Festival Bunga dan Taman Floria Putrajaya 2014

Festival bunga dan taman Floria Putrajaya 2014 kini kembali menemui peminatnya dengan menghidangkan pelbagai jenis flora yang berwarna-warni dan menarik di luar imaginasi. Bertemakan Pesona Warna, Floria Putrajaya 2014 yang akan berlangsung pada 14 hingga 22 Jun 2014 menjanjikan pameran bunga-bungaan dari pelbagai spesis yang disusun atur di dalam taman-taman yang direka khas. Bunga begonia […]