MB lawat tapak projek Pulau Bayas
Pada 1 Jan 2014, YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said telah melawat ke Tasik Kenyir bagi meninjau dan melihat perkembangan projek Pembangunan Zon Bebas Cukai, Pulau Bayas. Turut serta mengiringi beliau ialah Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud, Pengurus Besar Ketengah dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam pembangunan projek tersebut.
Tasik Puteri Bukit Besi � Tumpuan Sukan Air Wilayah Ketengah 2013
Kejayaan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menganjurkan Sukan Air Wilayah KETENGAH pada 28 Disember 2013 bertempat di Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bukit Besi mampu memberi kesan yang besar bagi mempopularkan lagi Tasik Puteri sebagai sebuah tempat rekreasi yang unggul di kawasan sekitar. Program selama 1 hari ini telah menarik lebih 350 penyertaan dengan 17 acara […]
Lawatan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia ke Tasik Kenyir
Pada 28 Disember 2013, YB Dato Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu telah melawat ke Tasik Kenyir bersempena Taklimat dan Lawatan Pembangunan Penternakan Ikan Air Tawar oleh Kenyir Aquaculture Sdn Bhd bersama pihak KETENGAH. Turut mengiringi beliau, En. Mukhtar Che Ali, Pengurus Pembangunan dan Pelancongan Tasik Kenyir. Antara tempat-tempat […]
Program Integrasi Desa Wilayah KETENGAH
Satu Program Integrasi Desa Wilayah KETENGAH Siri Ke 3 ke Perlis dan Kedah telah diadakan pada 27 hingga 29 Disember 2013. Di antara kampung GDW yang terlibat ialah Kg. Ibok, Kg. Jerangau, Kg. Pasir Gajah dan Kg. Tokdor. Di antara objektif pelaksanaan program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada kepimpinan kampung dan berkongsi pengalaman mengenai […]
Cakna Ibu Tunggal
Satu Kursus Transformasi Ibu Tunggal KETENGAH Siri ke 2 Tahun 2013 telah diadakan pada 26 hingga 28 Disember 2013 bertempat di Prinzpark Hotel, Kualai Ibai, Kuala Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Wan Abdul Rahman bin Ahmad. Kursus kali ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta. Dibawah program ini, […]
Kemahiran Ibu Tunggal Dipertingkatkan
Kesinambungan daripada Program Selendang Biru Wilayah KETENGAH yang telah dilancarkan pada 10 Julai 2012, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Kursus Masakan Barat (Pastri / Bakeri) bagi golongan ibu-ibu tunggal Tujuan kursus berbentuk kemahiran ini diadakan adalah antara lain bertujuan untuk membela nasib ibu-ibu tunggal di seluruh wilayah KETENGAH, selain bagi melahirkan ibu tunggal […]

