logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Raja Muda berbuka dan berterawih di AMBS

Yang Di-Pertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Kurniaan Hari Raya, Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), pada 14 Jun 2016 bersamaan 9 Ramadhan 1437H. Tengku Muhammad Ismail tiba, kira-kira jam 6.30 petang dengan diiringi […]

Kursus Asas Keusahawanan

Selaras dengan hasrat Kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk memperkasakan golongan muda dalam bidang keusahawanan, KETENGAH telah mengambil langkah dengan mengadakan Kursus Asas Tanaman Lada Hitam yang bermula pada 1 hingga 2 Jun 2016, bertempat di Kolej KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Kursus ini diadakan dengan kerjasama Lembaga Lada Malaysia. Bengkel ini […]

KETENGAH bersama komuniti

Sempena dengan kedatangan bulan ramadhan ini, KETENGAH dengan kerjasama komuniti setempat telah mengadakan program gotong royong membersihkan kawasan masjid dan surau di perbandaran KETENGAH. Program sebegini dapat mengeratkan silaturahim diantara pegawai dan kakitangan KETENGAH dengan penduduk setempat. Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH turut turun padang bersama-sama membersihkan kawasan surau dan turut mendengar masalah […]

KSU Lawat Tasik Kenyir

Pada 22 Mei 2016, Dato’ Mohd Arif bin Ab Rahman, Ketua Setiausaha KKLW telah menghadiri program bersama PUSPANITA KKLW dan PRO di Tasik Kenyir. Turut hadir mengiringi beliau, Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH.

Karnival Kesihatan AMBS 2016

YB Encik Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan merasmikan Program Karnival Kesihatan AMBS 2016 yang telah diadakan pada 5 Mei 2016 bertempat di RTC Terengganu. Turut hadir bersama ialah Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Omar bin Ismail.

TPM rasmi RTC Terengganu

RTC Terengganu bertempat di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu telah selamat dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Turut hadir bersama Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razid bin Abd Rahman, Menteri KKLW, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ […]