Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat : 

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

BIL DATA
1 Bilangan Perumahan Mampu Milik Mengikut Lokasi

Untuk maklumat lanjut dan terkini, anda boleh layari laman Portal Data Terbuka Malaysia