Guru Perwiraku “Terima Kasih Cikgu”

KETENGAH sentiasa ambik cakna dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa dalam Wilayah KETENGAH. Sehubungan itu, satu Program Guru Perwiraku “Terima Kasih Cikgu” Peringkat Wilayah KETENGAH telah diadakan hari ini bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Seramai 1150 guru dari 3 daerah iaitu Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu telah menghadiri program ini.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH. “Terima kasih guru atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab mulia ini, saya juga rakamkan penghargaan atas jasa warga pendidik ke arah membangunkan modal insan Negara khasnya di dalam Wilayah KETENGAH”.

Program Kenyir Bird & Nature Quest 2022
Program Cakne Komuniti

Artikel Lain