Sambutan Hari Psikologi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah diadakan pada 17-18 Oktober 2023 bertempat di Dewan Lestari KKDW. Tema pada tahun ini adalah “Profesional, Integriti, Sahsiah dan Amanah Dalam Mentadbir KKDW Madani”.
KETENGAH melalui AKRAB KETENGAH telah mengambil bahagian dalam pertandingan booth terbaik 2023 dengan membawa pendekatan yang unik dengan mempromosikan produk-produk dari wilayah KETENGAH bersekali pameran aktiviti-aktiviti AKRAB KETENGAH yang diadakan sepanjang tahun 2023.
Keunikan booth AKRAB KETENGAH ini telah memikat hati juri dan telah dinobatkan Anugerah Booth Terbaik 2023. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KKDW, YBhg Dato’ Seri Ramlan Dato’ Harun kepada Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.
Penghargaan turut diberikan kepada Encik Jafre bin Taib yang berjaya merangkul anugerah Mentor Gemilang KKDW 2023.
Tahniah dan syabas!