logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Ingatan Tulus Ikhlas Dari KETENGAH

Beraya di kampung halaman bersama keluarga dan sanak saudara merupakan detik paling dirindui oleh semua perantau. Setelah selesai berhari raya di kampung halaman, mereka akan pulang semula meneruskan tugasan yang ditinggalkan sepanjang tempoh bercuti. Di kesempatan ini, KETENGAH telah mengadakan satu Program Kembali Bertugas Perantau Bersama Pengerusi KETENGAH bertempat di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Paka arah Kuantan. Majlis tersebut telah berlangsung pada 9 Jun 2019 dan sebanyak 150 bungkusan kuih raya telah diedarkan secara percuma. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Hadir sama YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan pegawai-pegawai kanan KETENGAH. Objektif program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat islam dan seterusnya memberi ingatan dan galakan kepada semua pemandu supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya agar selamat sampai ke distinasi yang dituju.