Jetski Terengganu Challenge

Pada 30 Ogos hingga 1 September 2019, telah berlangsung Program Jetski Terengganu Challenge bertempat di Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Acara ini telah dianjurkan oleh RCT Meganrata dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

Tasik Puteri merupakan salah satu tempat menarik di wilayah KETENGAH yang wajib dilawati. Pelbagai kemudahan telah dinaiktaraf seperti penyiapan esplanade dipesisir tasik yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan awam yang selesa. 

Sepanjang tiga hari program ini berlangsung, pihak KETENGAH turut mengenengahkan produk jualan usahawan yang dijenamakan sebagai Selera Inap Desa dan telah menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negeri. Para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai juadah yang telah disediakan dan seterusnya menjana pendapatan usahawan sepanjang program ini berlangsung. Di samping itu, ianya telah berjaya merancakkan ekonomi penduduk setempat khususnya yang berkait dengan perusahaan penginapan dan perhotelan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, acara tersebut bukan sahaja disertai peserta dari dalam negara bahkan mengamit kedatangan peserta dan pengunjung luar termasuk dari Brunei dan Thailand.

“Saya tengok banyak gerai-gerai yang telah diwujudkan sempena penganjuran ini, selain tempat penginapan yang ditempah. Alhamdulillah ini semua menambahkan lagi rezeki penduduk di Bukit Besi ini,” ujarnya. Acara ini turut disertai oleh selebriti terkenal Fikry Ibrahim.

Perbarisan Hari Kemerdekaan
placeholder
Tawaran Penyertaan Projek Lada Hitam

Artikel Lain