Pada 19 Oktober 2017, telah berlangsung satu program Jom Bantu Rakyat dan Program Memasak Bubur Asyura Wilayah KETENGAH 1439H/2017M bertempat di Kg Bukit Merah, Mukim Kumpal, Dungun Terengganu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH merangkap Pegawai Pembangunan Dungun. Pada majlis yang sama, YBhg Dato’ turut menziarahi penduduk yang uzur atau sakit melarat dan menyerahkan surat tawaran kursus PLKK Wilayah KETENGAH serta mengagihkan bantuan input pertanian kepada mereka yang layak.
Post Views: 928