Kami Sedia Membantu

Musibah banjir yang melanda mengakibatkan kesusahan dan kepayahan kepada mereka yang terkesan akibat musibah ini. Kesemuanya merupakan ujian daripada Yang Maha Esa, namun setiap kejadian pasti mempunyai hikmah tersendiri diantaranya ialah bagi mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim dan persefahaman diantara kita. Y.Bhg. Dato’ Din Bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH bersama Skuad Sukarelawan bersama-sama menghulurkan bantuan berupa bekalan makanan dan tenaga bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk di Kuala Triang, Parlimen Bera, Pahang.

Program ini bermula dari 2 hingga 3 Februari 2017. Skuad Sukarelawan KETENGAH bersama penduduk setempat telah menjalankan aktiviti gotong-royong membersih Masjid Tengku Abdullah Kuala Triang yang ditenggelami air.

Lawatan Ketua Pengarah Kastam Malaysia
placeholder
Program Tafaqquh Fiddin

Artikel Lain