Berikutan hujan berterusan selama 3 hari lepas, kawasan-kawasan rendah di wilayah KETENGAH mula dinaiki air. Pada jam 12 tengahari ini, sebanyak 6 buah rumah telah ditenggelami air yang melibatkan 8 keluarga menjadikan jumlah mangsa keseluruhan seramai 31 orang. Kesemua mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Surau kampung Besul Lama, Bukit Besi Terengganu. YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah turun padang melawat mangsa sambil bertanya khabar dan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa yang terlibat.
Post Views: 1,114