logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Karnival Beautiful Terengganu Malaysia

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menyertai pameran agensi dalam program Karnival Beautiful Terengganu Malaysia 2023 yang berlangsung bermula 23 hingga 26 Februari 2023 di Padang Astaka, Kemaman. Karnival diadakan untuk mempromosikan produk pelancongan negeri Terengganu. Karnival yang dirasmikan oleh YB. Ustaz Sulaiman Sulong, Timbalan Pengerusi 1, Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu.
Dif – dif kehormat sempat melawat Booth KETENGAH yang mempromosikan produk pelancongan eko dan desa yang terdapat dalam wilayah KETENGAH seperti Tasik Kenyir, Bukit Besi, Air Terjun Chemerong dan lain – lain.