Karnival Keluarga Malaysia Zon Selatan

Bandar Ceneh Baharu, Kemaman – Hampir 5,000 orang menghadiri Karnival Keluarga Malaysia Zon Selatan yang dianjurkan pada 28 hingga 30 Julai 2022. Karnival berkenaan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri (Dr) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH. Pada majlis berkenaan KETENGAH menyumbang sejumlah RM 284,900 kepada 163 orang yang terdiri daripada asnaf, pelajar sekolah dan pelajar Kolej Ketengah Sdn. Bhd. Dato’ Seri (Dr) Haji Ahmad bin Said berkata, “Karnival ini dilaksanakan bagi memupuk jalinan kebersamaan antara masyarakat dengan KETENGAH dan agensi- agensi kerajaan serta tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat luar bandar.”

Hadir sama pada majlis perasmian berkenaan Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH mewakili YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan Ketua Peneroka Felda Neram 2 merangkap Pengarah Program Karnival Keluarga Malaysia Zon Selatan-Ceneh Baharu, Dato’ Bahri bin Abdullah.

Kursus Desamall@KPLB
Pengerusi KETENGAH bersama Pengurusan dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional KETENGAH

Artikel Lain