Kayuhan Santai Bandar Dungun

Sesi Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Ketengah
23/07/2020
Program Korban dan Akikah 1441H/2020M
04/08/2020

Kayuhan Santai Bandar Dungun

25 Julai 2020
Dungun Terengganu.

Kelab 3K Bike KETENGAH telah menganjurkan kayuhan santai di sekitar bandar Dungun. Kayuhan bermula dari Teluk Gadung dan berakhir di Teluk Bidara sejauh 16.3 Kilometer. Seramai 60 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri dari Kelab 3K Bike, Kelab Angsana (Ketengah Holding Sdn. Bhd) dan Kelab Gateh Koho-Koho (Komuniti Al Muktafi Billah Shah) dengan mengikuti segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Turut sama menyertai program ini YM. Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH,Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Puan Anizal Yusoff, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH dan Encik Jafre Taib, Pengerusi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) KETENGAH. Kayuhan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara NGO Ketengah dengan NGO masyarakat setempat.

Font Resize
Contrast