16 September 2022-Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu
Bersempena Hari Malaysia telah berlangsung kejohanan Bola Sepak 9 sebelah tertutup AMBS yang disertai oleh 8 pasukan. Kejohanan telah dianjurkan oleh AMBS FC melibatkan anak tempatan dalam kalangan warga AMBS. Kejohanan tersebut dimeriahkan dengan hadiah cabutan bertuah dan pasukan johan telah menerima hadiah berjumlah RM750.00.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Zainuddin bin Hj. Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH.
Post Views: 1,083