KETENGAH sentiasa menyokong program dan aktiviti yang dianjurkan oleh agensi di bawah KKDW dengan menghantar peserta bagi memeriahkan lagi program tersebut.
Seramai 19 orang peserta dari KETENGAH telah menyertai Kejohanan KEJORA MTB Jamboree @ Tanjung Balau 2023 di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.
Kesemua peserta telah menghabiskan laluan sepanjang lebih kurang 35KM bermula dengan laluan kebun getah, kebun kelapa sawit, jalanraya, pantai terbuka sebelum mengakhiri laluan di laluan XCO Tanjung Balau.
KETENGAH mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang sudi menjemput pihak kami untuk sama-sama memeriahkan penganjuran KEJORA MTB Jamboree @ Tanjung Balau 2023.