logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kejohanan Petanque Berpasukan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan ‘Double’ Tertutup

Kelab Keluarga KETENGAH dengan kerjasama KETENGAH dan Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan Kejohanan Petanque Berpasukan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan ‘Double’ Tertutup serta Jemputan bersempena 50 Tahun Penubuhan KETENGAH. Kejohanan yang berlangsung dengan penuh meriah serta semangat kesukanan itu telah dilangsungkan di Kompleks Sukan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.

KETENGAH A telah muncul selaku juara bagi kategori berpasukan LKW dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) selaku naib juara menerusi perlawanan akhir yang amat sengit. Pasukan KETENGAH B pula menduduki tempat ketiga diikuti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) di tangga keempat serta pasukan jemputan IPTA di tempat kelima.

Bagi acara ‘Double’ Tertutup dan Jemputan sejumlah 44 regu yang bertanding. Johan pada kali ini disandang oleh Regu Felda 4 dan naib johan pula menjadi milik KETENGAH 2. Regu WAS 2 dan Felda 5 pula menduduki tempat ketiga bersama.

Sekalung penghargaan kepada teknikal daripada Kelab Petanque Keluarga KETENGAH serta Persatuan Petanque Dungun (PADU) yang bertungkus lumus mengendalikan kejohanan pada kali ini. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH merangkap Presiden Kelab Keluarga KETENGAH.