Kejohanan Sukan MAKSPEN XIV Putrajaya 2023 telah menutup tirainya hari ini. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW).
Pencapaian Kontinjen KETENGAH pada edisi kali ini telah berjaya mengutip satu pingat emas dan dua pingat gangsa serta ditempat ketiga dalam acara perarakan kontinjen.
Tahniah kepada pasukan RISDA yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan MAKSPEN XIV Putrajaya 2023.
Pada hari terakhir kejohanan, sebanyak 4 acara sukan yang disertai KETENGAH iaitu Golf, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Dart. YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, turut menyertai acara Golf bagi kategori VIP. Kilauan emas pertama buat kontinjen hadir melalui pasukan Bola Jaring yang menceriakan semua warga KETENGAH.
Terima kasih dan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Kejohanan Sukan MAKSPEN XIV Putrajaya 2023. Kalah dan menang sudah menjadi adat dalam pertandingan, apa yang pasti semangat juang yang tinggi tanpa mengenal erti putus asa menjadikan KETENGAH digeruni oleh pihak lawan.
βKETENGAH NELANGβ