Aktiviti sukan dapat meningkatkan tahap kesihatan diri secara fizikal dan mental. Dari sudut biologi, bersukan dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan kekuatan otot. Individu yang bersukan juga dapat mengawal berat badan jika bersukan dengan kerap dan mengurangkan risiko menghidap penyakit berbahaya seperti serangan jantung, strok dan diabetis.
Sehubungan itu, KETENGAH telah menganjurkan Kejohanan Sukan Piala Pengurus Besar KETENGAH yang disertai oleh Keluarga KETENGAH, terdiri daripada semua pegawai dan kakitangan KETENGAH serta Kumpulan Syarikat Anak Ketengah Holding Sdn. Bhd. Sasaran utama penganjuran program ini adalah bagi membentuk budaya bersukan dalam kalangan warga, menyemai rasa cinta dan semangat Keluarga KETENGAH serta mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang telah sedia terjalin. Mereka telah dibahagikan mengikut kumpulan warna iaitu Biru, Merah, Putih dan Kuning.
Acara sukan yang dipertandingkan ialah Bola Sepak, Bola Tampar, Bola Jaring, Badminton, Ping Pong, Sepak Takraw, Bowling, Congkak, Selambut dan Tarik Tali. Bowling merupakan acara pertama dipertandingkan iaitu pada 1 Oktober 2022 lalu dan disusuli pertandingan dalam acara-acara lain yang akan berakhir pada 15 Oktober 2022 nanti. Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa juga berkesempatan turun padang melihat acara sukan yang dipertandingkan. Sorakan dari pasukan sorak kumpulan masing-masing menghangatkan suasana dan menceriakan serta memberi semangat kepada wakil pasukan mereka yang bertanding.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah serta pengumuman kumpulan terbaik merebut Piala Pengurus Besar KETENGAH akan disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH.
Post Views: 1,427