logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kejohanan Sukan Piala Pengurus Besar KETENGAH 2022

Tok Ku Paloh (Putih) dan Megat Panji Alam (Kuning) Johan Bersama Kejohanan Sukan Piala Pengurus Besar KETENGAH.
Kejohanan Sukan Piala Pengurus Besar KETENGAH melabuhkan tirai hari ini apabila Kumpulan Putih dan Kuning telah dinobatkan sebagai johan bersama dengan memungut 86 mata. Abdul Rahman Limbong (Biru) mendapat tempat kedua dengan 84 pungutan mata dan Tun Telanai (Merah) tempat ketiga meraih 80 mata.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa. Semasa berucap dalam majlis berkenaan beliau berkata “pada 1 januari 2023 kita akan menyambung semula kejohanan sukan ini dan dengan penambahan beberapa acara akan dilakukan”.
Kejohanan sukan ini telah dianjurkan bersama Kelab Keluarga KETENGAH, Kelab Angsana, PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH, AKRAB dan Unit JKR KETENGAH. Pengurus Besar KETENGAH menambah “saya juga amat terharu dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam setiap acara dipertandingkan dan tahniah kepada semua. Semangat inilah yang dimahukan dalam menempuhi apa jua cabaran yang datang secara bersama”.
Tahniah kepada semua pemenang. Kalah dan menang bukan menjadi ukuran, yang pastinya semangat juang dan ikatan silaturahim yang kukuh menjadi azimat berharga menjadikan Keluarga KETENGAH

hebat dan unggul.