logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kemahiran Belia di Wilayah KETENGAH terus diperkasa.

KETENGAH dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah mengadakan Kursus Kemahiran Asas Seni Simen Ferro Wilayah KETENGAH pada 10 hingga 12 Ogos 2017 bertempat di Kolej KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. seramai 26 orang peserta dari seluruh wilayah yang berumur antara 20 hingga 45 telah mengikuti kursus ini. Encik Mohd Syukri bin Awang Noh dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah memberi tunjuk ajar dan tip-tip berguna kepada para peserta. Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disampaikan oleh Encik Mohd Azmi Bin Muda, Pengurus Pembangunan Insan dan Pendidikan KETENGAH yang mewakili Pengurus Besar KETENGAH.