3 November 2022-Hulu Dungun.
KETENGAH melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Kawasan Pelancongan Wilayah KETENGAH.
Kawasan rekreasi pelancongan Sungai Kelemin, Hulu Dungun dipilih sebagai lokasi pertama kempen ini dengan membawa mesej memberi kesedaran kepada pengunjung yang datang agar menitikberatkan aspek kebersihan bagi memastikan kelestarian alam sekitar dapat dipulihara.
Kempen ini juga bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya meningkatkan tahap kebersihan di tempat pelancongan agar tidak mengorbankan biodiversiti dan keindahan alam semula jadi.
Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) bersama-sama kakitangan KETENGAH, komuniti setempat dan Pejabat Daerah Dungun hadir pada majlis berkenaan.
Post Views: 2,369