10 – 11 Mac 2023 – Hulu Terengganu.
Kenyir Bird and Nature Quest (KBNQ) merupakan satu program anjuran bersama Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Ping Anchorage Travel & Tours .
Program ini melibatkan kira-kira 70 orang peserta pencinta burung dan pengkaji burung dari dalam dan luar negara.
Program KBNQ anjuran kali ini berfokuskan kepada potensi pemuliharaan flora dan fauna terutamanya burung Enggang yang senang dilihat di Tasik Kenyir.
Selain itu, peserta – peserta juga dibawa untuk melihat Bunga Pakma (Rafflesia) yang ditemui di Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu. Pembiakan bunga Rafflesia ini membuktikan bahawa ekosistem alam semulajadi berada di tahap yang boleh dibanggakan oleh rakyat Terengganu.
Post Views: 1,376