26 Mac 2022-Hulu Terengganu.
Kenyir Bird & Nature Quest 2022 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh KETENGAH dan telah masuk edisi ke-8 yang bermula hari ini. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH. Kini terdapat tambahan 40 spesis burung di Tasik Kenyir. Ini menjadikan jumlah spesis burung yang dapat dilihat di Tasik Kenyir mencecah 336 sekali gus membuktikan bahawa ekosistem di Tasik Kenyir semakin baik dan menjadi tarikan kepada burung untuk berhijrah ke sini.
Post Views: 2,331