logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Ketengah Ambik Cakne

26 Disember 2020 – YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Ketengah telah menyampaikan sumbangan kepada 17 orang peserta Program Peningkatan Pendapatan Penduduk (PPP) berjumlah RM135,000.00 dan 6 orang peserta Program Pembangunan Usahawan (PPU) berjumlah RM97,004.00

Mereka yang dibantu telah mengusahakan perniagan seperti bengkel motor, perniagan makanan, jahitan, peruncitan pertanian fertigasi dan penternakan. 

YB Senator Datuk juga menyampaikan sumbangan kepada 130 buah keluarga yang terjejas banjir bagi Zon Ketengah Jaya dan Bukit Besi baru-baru ini melibatkan kos sebanyak RM39,000.00. 

Hadir sama YM Tengku Ahmad Nazdri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah.

Salah saorang penerima dibawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
YB Senator Datuk Razali Idris menampal logo Skuad Ambik Cakne Ketengah pada salah satu aset milikan Ketengah