Skuad Sukarelawan KETENGAH bersama agensi di bawah KPLB telah digerakkan membantu mangsa banjir membersihkan kediaman dan kemudahan awam bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat. YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH sama-sama turun padang merasai kesusahan denyut nadi rakyat di Wilayah KETENGAH.
Ikatan silaturrahim yang telah lama terjalin diperkukuhkan lagi apabila warga KETENGAH dan masyarakat bergabung dan sama-sama membantu di kala mereka berada dalam kesusahan serta ikatan semangat Keluarga Malaysia akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan penduduk di dalam Wilayah KETENGAH.
Post Views: 1,013