logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH bantu mangsa kebakaran

18 Oktober 2022-Ceneh Baharu Kemaman
Kecaknaan Pengerusi KETENGAH, YB Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said terhadap penduduk yang ditimpa musibah dibantu dengan kadar segera.
Malang menimpa keluarga Encik Mohamad bin Harun apabila rumah kedai K16 yang disewanya mengalami kebakaran kira-kira jam 4.30 petang semalam. Menurut mangsa kejadian tersebut berlaku akibat panahan kilat menyebabkan berlaku litar pintas.
Hadir sama Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa.
Semoga Encik Mohamad tabah dan sabar atas ujian yang berlaku serta dipermudahkan semua urusan.