logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH beri sumbangan kepada pesakit kronik dan terlantar

KETENGAH telah menubuhkan Yayasan KETENGAH pada Januari 2021 yang menjadi satu entiti tersendiri dalam memainkan peranan membantu penduduk yang ditimpa kesusahan. Melalui usaha tersebut, pada 2 Julai 2022 yayasan ini telah memulakan operasinya dengan menyalurkan sumbangan one-off kepada penduduk yang ditimpa penyakit kronik dan terlantar serta bantuan kecemasan atau bencana.

Seramai 5 orang penduduk di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun dan Kg. Lubuk Lesung, Kemaman telah menerima sumbangan pesakit kronik/terlantar. Manakala sebuah keluarga di Bandar Seri Bandi yang mengalami musibah kemusnahan tempat tinggal ekoran berlaku kebakaran telah menerima sumbangan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi KETENGAH, YB Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad Said. Turut Hadir Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa dan Pengurusan KETENGAH serta Pengurusan Ketengah Holding Sdn. Bhd.

Semoga dengan penubuhan Yayasan KETENGAH ini akan menjadi tunjang utama dalam membantu penduduk yang memerlukan seterusnya dapat membantu seberapa ramai penduduk yang memerlukan pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah dapat bersama-sama merealisasikan hasrat murni ini untuk membangunkan wilayah KETENGAH tercinta ini.